Sebuah Kisah Agama Kata-Kata Dakwah Ringkas yang Membuka Pintu Hidayah ke Jalan Allah. Usah sesekali perlekehkan Ucapan Dakwah walaupun sepatah dua perkataan. Kerana Allah itu maha pengasih lagi penyayang terhadap hambanya. Mengajak manusia ke Jalan Allah merupakan Aktiviti Dakwah yang sangat mulia di sisi Islam. Namun dengan alasan cetek atau kurang ilmu agama dalam diri sendiri menjadikan ramai muslim yang tidak berani berdakwah dan menyebarkan Kebenaran Islam. Umumnya seorang muslim dihalangi oleh seribu satu alasan untuk tidak melakukan Dakwah Islamiyah sepanjang hidup mereka.
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.— Surah An Nahl ayat 125
Siapa tahu, hanya melalui kata-kata dakwah ringkas anda, dengan izin Allah seseorang memperoleh hidayah. Sebelum mencuba, Tiada sdiapa tahu adakah kata-kata dakwah anda mendatangkan taufiq dan hidayah Allah ta'aala. Sepertimana sebuah kisah yang Hootoh petik dari laman Eramuslim yang bertajuk Kisah Kata-Kata Dakwah Ringkas Membuka Pintu Hidayah ini
Usah Perlekehkan Ucapan dan Kata-kata Dakwah yang Ringkas
Ada seorang kawan saya yang sewaktu lulus SMA pergi untuk menuntut ilmu ke luar negara. Ketika pertama kali tiba di Kota London kemampuan berbahasa Inggerisnya masih belum fasih. Waktu itu adalah Bulan Ramadhan. Hari-hari pertama tiba di London dia telah mengikuti sebuah bas Tour Universiti mengelilingi Kota London. Saat datang waktu makan bas itu berhenti di sebuah restoran dan semua pelancong turun untuk makan. Termasuk kawan saya orang Indonesia muslim tersebut.
Semua penumpang bas universiti makan di restoran tersebut kecuali kawan saya kerana dia sedang puasa. Maka ketika melihat dia tidak makan Si Guide Tour (penunjuk jalan) seorang berbangsa Inggeris mendekatinya dan bertanya: "Why aren't you eating?" (Mengapa kamu tidak ikut makan?).
Dengan Bahasa Inggeris yang terbatas ddia pun menjawab, "I am Muslim. This is Ramadhan. I am fasting." (Saya seorang muslim. Ini bulan Ramadhan. Saya sedang puasa)
Tiba-tiba dengan nada mengejek si penunjuk jalan itupun berkata "Oh, rupanya Anda datang dari sebuah negera muslim. Negara yang miskin sehingga kamu tidak sanggup makan"
Lalu kawan kitapun menjadi marah dan tersinggung. Tapi bagaimana caranya mengungkapkan kemarahan dalam suatu bahasa yang belum dikuasai? Akhirnya dia hanya bisa berkata: "Wait, one year.. I will explain to you the beauty of Islam.." (tunggulah satu tahun lagi, akan aku jelaskan padamu bertapa indahnya ajaran Islam). Maksudnya dia ingin diberi peluang terlebih dahulu untuk menguasai bahasa Inggeris selama setahun, barulah muah dia jelaskan secara panjang lebar apa itu sebenarnya ajaran Islam yang indah itu.
Sesudah satu tahun kawan saya inipun memenuhi janjinya. dia datangi si penunjuk jalan untuk menjelaskan Islam kepadanya. Namun apa yang terjadi? Begitu mereka berjumpa satu sama lain, tiba-tiba si guide orang Inggeris ini menyapa kawan kita orang Indonesdia ini dengan ucapan "Assalaamu'alaikum, brother!"
Maka kawan saya ini terkejut dan bertanya "Anda sudah masuk Islam?"
"Ya benar, saya sudah masuk Islam, " kata si orang Inggeris.
"Alhamdulillah, saya baru saja mau menjelaskan kepada Anda apa itu Islam, " kata kawan saya.
"Anda terlambat, saudaraku.." kata si Inggeris.
Maka si orang Indonesddia pun bertanya "Bagaimana ceritanya Anda sampai memeluk Islam?"
"Saya masuk Islam sejak Anda mengatakan 'I will explain to you the beauty of Islam'.. Maka sayapun bertanya-tanya apa memang di dalam Islam ada keindahan? Saya selama ini hanya tahunya Islam itu identik dengan terorisme dan segala yang hitam dan jelek.. Maka kerana saya penasaran sayapun belajar Islam. Dan alhamdulillah, saya mendapat hidayah dari Allah ta'aala.."
Subhanallah! Maka, segeralah. Ajaklah insan disekelilingmu, rakan laman sosialmu. Sungguh hebat nikmat Islam apabila kita berjaya membawa seseorang yang non-muslim ke dalam rahmat Allah.
Seorang muslim apabila menyampaikan Dakwah Islam harulah bersikap optimis dan berserah kepada Allah subhaanahu wa ta'aala. Kerana kewajipan muslim hanyalah menyampaikan. Manakala soal diterima atau tidak, itu bukannya urusan kita yang menentukannya. Malah soal seseorang itu memperolehi hidayah atau terus jahil adalah terserah terserah pada ketentuan Allah subhaanahu wa ta'aala. Usah Perlekehkan Ucapan dan Kata-kata Dakwah anda. Mungkin ucapan dakwah ringkas itu dengan izin Allah ta'aala akan limpahkan hidayah iman-Islam kepada seseorang.