Quantcast
Channel: Hootoh.my
Viewing all articles
Browse latest Browse all 578

Kuih Raya Paling Sukar Ditemui Masa Kini

$
0
0
Siapa yang kenal Kuih Pak Sameon Demam. Nama Kuih Pelik tetapi ia adalah Kuih Tradisional. Di antara Kuih Raya Paling Sukar Ditemui Masa Kini. Kebelakangan ini banyak Biskut dan Kuih Raya versi Moden dihasilkan, mungkin faktor mudah disediakan dan bewarna-warni yang ada pada Biskut Moden jadi pilihan utama rakyat Malaysia.. 

Kuih Raya Paling Sukar Ditemui Masa Kini

Walaupun Gerai yang menjual Biskut Raya dan Kuih Raya ada di mana-mana. Namun apa yang menjadi pilihan untuk dihidang kepada tetamu di Hari Raya kebanyakannya cuma kerepek, kacang dan keropok-keropok segera. Manakala minuman popular pula air berkabonat yang berbagai perisa dan warna disediakan.

Tidak hairanlah, Kuih Raya Tradisional mula terpinggir. Pasti ramai yang terlepas pandang mengenai perkara ini. Salam Hari Raya dari Hootoh Blog, ketika kita berkunjung keraumah sahabat dan sudara mara, Adakah dapat kita merasa beberapa jenis Biskut dan Kuih Raya yang sukar ditemui lagi pada masa kini

Kuih Raya Paling Sukar Ditemui Masa Kini

  • Kuih bangkit
  • Kuih sarang semut
  • Kuih pak sameon demam
  • Kuih putu kacang
  • Kuih debu-debu kasih
  • Kuih batang buruk

Laman Sosial seperti Google+, Facebook, Twitter dan sebagainya ratusan Resepi Kuih Raya Tradisional dan Moden dapat diperolehi dengan mudah sekali. Tetapi, demi masa yang dikatakan tidak mengizinkan kita untuk menyediakan kuih-kuih tradisional ini. Resepi sekadar disalin untuk disimpan sahaja.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 578