Apa aktiviti cuti sekolah tahun ini. 10 Aktiviti Cuti Sekolah Popular pasti membantu. Perancangan Program Cuti Sekolah Berfaedah, Pasti ramai yang merancang untuk melancong bersama keluarga atau berehat di kampung atau desa yang damai dan menenangkan. Setelah membaca Program dan Aktiviti Cuti Sekolah Berfaedah. Berikut 10 Contoh Aktiviti Cuti Sekolah Berfaedah dan Popular, menjadi pilihan anak-anak dan ibu-bapa di Malaysia.
Kem Cuti Sekolah
Pelbagai kem-kem yang ada sempena Musim Cuti Sekolah ni. Merangkumi perkara rohani dan jasmani, kem-kem ini dapat memberi ilmu dan membina keyakinan diri anak-anak.
Kraf dan Origami
Pelbagai jenis kraf boleh dibuat dan tahap kesukaran juga adalah berbeza. Sekiranya membuat kraf patikan ia adalah sesuatu yang akan membuat anak-anak gembira dan paling penting buatlah kraf dari bahan yang boleh dikitar semula.
Kursus dan Belajar Kemahiran Baru
Mungkin ada yang mahu mengambil kelas renang, kelas menunggang kuda, kelas memasak, kelas Iqra, kelas kraf, kelas muzik, klinik sukan dan apa sahaja jenis kelas jangka pendek. Masa inilah boleh digunakan untuk kita selidik mengenai minat anak-anak. Sekiranya berminat dan ada potensi, bolehlah ambil kelas advance. Untuk yang berminat bersukan, memang patut diberi pendedahan kerana sekolah-sekolah sedang menerapkan Program 1 Murid 1 Sukan, pendedahan awal ini pasti membantu.
Bercuti dan Melawatan Tempat-Tempat Menarik
Ini termasuklah muzium, zoo, perpustakaan negara, pusat sains, galeri seni lukis, air terjun, laut dan pelbagai lagi tempat-tempat menarik. Dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di lokasi-lokasi tersebut. Gunakan kreativiti anda dan ajak anak-anak anda memberi idea untuk menjadikan lawatan kali ini lebih menarik dan bermakna.
Membaca Bahan Bacaan Ringan
Mungkin anda boleh beri tempoh untuk membaca satu buku cerita dan bila sudah selesai membaca, boleh berknogsi bercerita tentang buku tersebut. Ini akan memupuk semangat membaca dan memberikan keyakinan untuk pengucapan awam.
Aktiviti Kemasyaraktan Kerja Amal
Ajak anak-anak anda Bergotong-royong mengemas rumah dan kawasan keliling rumah. Suasana persikitaran yang bersih akan mempromosikan harmoni di dalam keluarga. Sekiranya ada barang-barang yang tidak diperlukan lagi, bolehlah dihantar kepada mereka yang lebih memerlukannya.
Berkebun dan Beriadah
Mungkin remeh, tapi bercucuk tanam mengajar anak-anak sifat sabar dan juga tanggungjawab malah anda boleh terapkan matapelajaran sains sambil aktiviti dijalankan. Jika bermula sekarang, pada penghujung cuti sekolah nanti, tanaman yang diusahakan akan membuahkan hasil!
Hiburan Keluarga
Sekiranya mempunyai peruntukan yang lebih, bolehlah menbawa anak-anak menonton wayang atau bermain 'games' di pusat hiburan atau berkaraoke. Tetapi aktiviti bolehlah disimpan sebagai aktiviti yang paling akhir dilakukuan bersama sebagai keluarga kerana banyak lagi yang menarik yang boleh dilakukan dan memberikan manfaat.
Kemaskini Merancang Aktiviti Tahun 2014
Semua ahli keluarga boleh turut serta dalam aktiviti ini. Sediakan kalendar 2014 dengan meletakkan cuti umum, cuti sekolah, harijadi keluarga dan kawan-kawan, menu yang ingin disediakan bagi bulan Januari dan pelbagai perkara lagi boleh dimuatkan dalam kalender ini. Permulaan awal ini akan memupuk sifat 'Pengurusan Kendiri' dalam diri anak-anak. Rujuk Kalendar 2014 dan Tarikh Cuti Malaysia.
Persediaan Diri untuk Tahun Sesi Persekolahan 2014
Pada Musim Cuti Sekolah ini bolehlah beransur-ansur untuk mendapatkan barang-barang yang diperlukan bagi tahun hadapan. Balut buku sekolah, tentukan 'transport', potong rambut, kemas bilik dan meja belajar. Rujuk Takwim Persekolaha 2014. Semoga dengan perancangan awal dapat memanfaatkan semua dan memberikan motivasi kepada anak-anak untuk belajar.
10 Contoh Aktiviti Cuti Sekolah Berfaedah dan Popular
Sebelum itu, HT ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua. Manfaatkan Cuti dengan mengisi masa dengan aktiviti berfaedah yang dapat meningkatkan keperibadian dan kualiti kehidupan. Musim Cuti Sekolah utamakan keselamatan dan kesihatan diri. 10 Aktiviti Cuti Sekolah Popular semoga menjadi panduan dan pilihan bermanfaat untuk semua.