Quantcast
Channel: Hootoh.my
Viewing all articles
Browse latest Browse all 578

Inovasi Buku Teks Digital Interaktif Pintar 2016

$
0
0
Inovasi Pendidikan Malaysia Buku Teks Digital Interaktif Pintar 2016 oleh Kementerian Pendidikan. Setelah Projek KPM terdahulu berjaya meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia ke mata dunia, Buku Teks Digital Interaktif Pintar akan menyusul pelaksanaannya mulai 2016 hingga 2025.

Inovasi Buku Teks Digital Interaktif Pintar 2016

Buku Teks Digital atasi Isu Beg Sekolah Berat

Tahniah atas usaha KPM yang berjaya mengatasi Isu Beg Sekolah Berat. Inovasi Buku Teks Digital Interaktif Pintar juga dilihat sebagai satu usaha kementerian untuk menyelesaikan isu beg sekolah yang berat yang sering dibangkitkan oleh ibu bapa. Segalanya atas Usaha Gigih KPM demi kecemerlangan pendidikan di Malaysia.

Rakyat Bangga dengan Kementerian Pendidikan Malaysia

Ibu bapa harus berbangga dengan usaha Kementerian kerana tidak perlu menanggung kos tambahan dengan pelaksanaan buku teks digital ini. Kerajaan memperuntukkan sejumlah besar wang rakyat untuk menanggung semua kos peralatan berkaitan termasuk Google Chrome Book diberi kepada sekolah untuk ditempatkan secara kekal bagi kegunaan murid khususnya bagi pelaksanaan buku teks digital ini.

Menurut Menteri Pendidikan Malaysia, Inovasi ini membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaboratif dan pentadbiran dijalankan melalui persekitarab pembelajaran maya. Sesiapa saja akan tersentuh dengan kata-kata penuh semangat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pendidikan 2014.

Buku Teks Digital 1BestariNet

Seluruh Malaysia melihat Kecemerlangan Pendidikan melonjak tinggi setelah KPM melancarkan gelombang pertama inovasi buku teks digital yang mempunyai 313 judul buku teks yang boleh diakses oleh murid, guru, dan ibu bapa di Laman 1BestariNet. Walaupun 1BestariNet YTL untung atas angin RM570 juta, namun segalanya untuk kebaikan rakyat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 578