Analisis Keputusan UPSR 2014 dan Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) Menurun. Analisis keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2014 menunjukan Jumlah murid yang mendapat Keputusan Cemerlang semua gred A UPSR 2014 Menurun berbanding pencapaian UPSR tahun 2013.
Statistik dan Analisis keputusan UPSR 2014 diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Gred Purata Nasional UPSR 2014
Pencapaian GPN keseluruhan calon UPSR Tahun 2014 adalah 2.29 mata, menurun 0.02 mata berbanding 2.27 mata GPN pada 2013. Untuk makluman, Kaedah pengiraan GPN adalah yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Analisis keputusan Cemerlang semua Gred A
Analisis keputusan UPSR 2014 Seramai 36,304 murid atau 7.89 peratus daripada 460,407 jumlah keseluruhan murid yang menduduki peperiksaan berkenaan pada tahun ini mendapat keputusan cemerlang semua gred A. Jumlah semua gred A itu menurun 1.26 peratus berbanding pencapaian pada 2013 apabila 42,646 calon atau 9.15 peratus mencatatkan keputusan cemerlang. Analisis Keputusan UPSR 2014 dan Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) Menurun. #UPSR2014
Update: Punca Keputusan UPSR 2014 Menurun Penjelasan Menteri Pendidikan
Update: Punca Keputusan UPSR 2014 Menurun Penjelasan Menteri Pendidikan