Quantcast
Channel: Hootoh.my
Viewing all articles
Browse latest Browse all 578

Usahataksama melalui Pendidikan

$
0
0
Pendidikan tidak boleh disempitkan dengan melihat dari mata seorang guru atau murid sahaja. Cadangan Dasar Baru Kementerian Pendidikan Malaysia membawa masuk 30 ribu guru dari China adalah satu usaha meningkatkan Hubungan diplomatik melalui Pendidikan (tiada hitam putih). Jika ia Usahasama pasti membawa kebaikan untuk kedua-dua negara. Namun saya sebagai insan yang cetek ilmunya ada sedikit yang Tidak jelas dalam ertikata usahasama dan kerjasama ini.

Usahataksama melalui Pendidikan

Mungkin saya terlepas pandang, kerana hanya nampak Usahataksama. Maafkan saya kerana melihat Malaysia saja yang berusaha untuk berbaik-baik dengan China. Setakat ini dapat dilihat usaha Malaysia membawa masuk 30 ribu guru dari China dan apa pula usaha mereka untuk kita. Sama juga disaat kita habiskan jutaan ringgit demi menyewa pasangan Fu Wa dan Feng Yi - Panda Gergasi dari China dan kononnya menunggu persetujuaan Kerajaan China untuk kita hantar Tenuk Malaysia ke sana. Hingga hari ini impian Tenuk (Tapirus indicus) melawat negara China belum tercapai. Bolehkah usaha sehala ini dipanggil kerjasama.

Parodi Puteri Hang Li Po dan Sultan Mansur Shah



Hubungan Diplomatik versi Malaysia-China melalui #Pendidikan ini mengingatkan saya pada kata-kata Dato' Sri Najib Razak "Tindakan luar biasa pada situasi luar biasa" (MH370 Quote by Najib razak). Sungguh hebat sekali tekanan yang kita hadapi dari China, sebagai warga pendidik rasa hati bercampur baur semasa menulis entri pendek ini. Mungkin kesan dari terlalu menghayati babak Puteri Hang Li Po dan Sultan Mansur Shah dalam Filem Hang Tuah yang ditonton petang tadi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 578