Video Aksi Pesilat Wanita yang Melampau Hebatnya. Terkejut bila melihat Aksi Silat Wanita yang sungguh luar bisa dan Hebat Melampau dalam video tersebut. Seumur hidup, belum pernah lagi HT lihat Aksi Silat dan Jurus Pertahankan Diri seperti yang dilakukan oleh Awek Silat Comel dalam video ini. Sumpah, inilah kali pertama. Awek Melayu Boleh, Hebat sungguh. Walaupun terpaksa Terkinje-kinje Melompat, dah namanya Silat, tetapi sesuai pula dengan pakaiannya. Anak Sape agaknya! Sungguh Solehah gitu! Tapi kan, ada yang berani mengorat ke? Sekali dia bagi Jurus Mentadak Kaki Terkangkang, terus terpaku disitu. Tonton juga Video Melayu Boleh Macam Comel Je.
Video Aksi Pesilat Wanita Terlampau ini HT ambil dari laman Facaebook. Timbul juga persoalan, Apakah Nama Silat yang dipersembahkan oleh Pesilat Wanita dalam Video ini. Walaupun Video Aksi Pesilat Wanita ini Melampau Hebatnya, tetapi Aksi dan jurus-jurus komen dari orang yang melihat video ini tidak kalah hebatnya, mungkin mereka Ahli Silat, tidak hairanlah ulasan juga Hebat Berganda. Di bawah ada beberapa komen yang habat dan menarik mengenai Video Aksi Silat Wanita Hebat Melampau. Jurus komen yang hebat.
Jurus Komen vs Jurus Silat
Jurus Pengomen 1: Pada 15 saat pertama Kung Fu Ular. Saat ke 18, Pukulan Harimau.. Selepas tu macam Kung Fu Naga. Minit ke 1.30 Kung Fu Monyet riang. Ade beberapa gerakan dalam saat ke 50+ yang menafikan jurus silat..Kesimpulannya senang kalu dikatakan ia sejenis KUNTAU.. Kerana silat banyak diperoleh jurus dari KUNTAU ni.. Maaf ahli-ahli silat jika statement saya salah
Jurus Pengomen 2: Nasib baik saudara ada meminta maaf. Hanya orang Silat yang memahami Silat. Silat ada berbagai jenis jurus dan tujuannya setiap jurus adalah berbeza. Setiap satu jurus silat boleh juga memiliki lebih dari satu tujuan atau fungsi. Dalam silat tujuan dan fungsi mempunyai maksud yang berbeza..... Ah! Kalau aku nak ceritakan, sangat dalam dan panjang huraiannya. Macamni aje la, dari korang semua mereka-reka dan merapu berteka-teki jenis silat dalam video tu, nasib baik ada orang silat macam aku yang kebetulan terlihat video ni. Silat yang ditunjuk Perempuan dalam video ni namanya.... Silat-Ulrahim.
Jurus Pengomen 3: Woi Pakcik, nak makan penyepak aku aku ke...
Jurus Pengomen 4: Tak payah kau letihkan diri sepak! Pegi report kat Bini MatYo aje..