Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat untuk Pegawai dan Kakitangan KPM. Kekeliruan dalam Etika Pemakaian ini berlaku apabila ada sumber yang memaklumkan terdapat larangan dari pihak atasan untuk memakai Baju Korporat terutamanya kepada warga pendidik yang berada di sekolah. Dengan adanya Surat Edaran Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat diharapkan semua pihak faham bahawa Baju Korporat masih boleh dipakai mengikut keadaan dan protokol majlis. Sila Rujuk dan Baca di Surat Edaran Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat KPM.BKP.300-1/12(3). Rekabentuk dan Warna Pakaian Korporat adalah seperti yang ditetapkan
Rekabentuk dan Warna Baju Koporat Lelaki
Rekabentuk dan Warna Baju Koporat Perempuan
Pemakaian Baju Korporat Pegawai dan Kakitangan KPM
Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat ini adalah bagi Penyeragaman Pemakaian Baju Korporat di kalangan pegawai/kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyeragaman ini adalah bagi menetapkan identiti pegawai/kakitangan dan imej KPM. Semoga Perkongsian ini dapat menjelaskan Kekeliruan pegawai/kakitangan mengenai Etika Berpakaian di Tempat Kerja. Terima Kasih kepada Cikgushamsudin atas perkongsian bermafaat ini.