Quantcast
Channel: Hootoh.my
Viewing all articles
Browse latest Browse all 578

Semakan SMS Keputusan STAM 2013

$
0
0
Semakan SMS Keputusan STAM 2013 melalui Perkhidmatan mySMS 15888. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2013 akan diumumkan pada 30 Januari 2014. Lembaga Peperiksaan menyediakan Perkhidmatan SMS semakan keputusan peperiksaan STAM melalui sistem pesanan ringkas mySMS 15888 dengan menaip STAM jarakkan taip Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Semakan SMS Keputusan STAM 2013
Sijil Tinggi Agama Malaysia

Analisis Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2013

Analisis Keputusan STAM 2013 akan diumumkan pada hari yang sama, iaitu pada 9 pagi. Calon yang menduduki peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi. Manakala Calon persendirian peperiksaan STAM 2013 pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri.

Semakan Melalui SMS Keputusan STAM 2013

Panduan Perkhidmatan mySMS STAM 2013. Calon boleh menyemak Keputusan STAM 2013 dengan menaip STAM jarak Angka Giliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan mySMS 15888 akan diaktifkan bermula 10 pagi, 30 Jan dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 5 Feb 2014 ini.

Sebanyak 8,613 orang calon telah menduduki peperiksaan #STAM 2013 di 116 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 4,094 adalah calon sekolah Kementerian Pendidikan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Manakala Sebanyak 2,601 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 685 dari Sekolah Menengah Agama Rakyat, 1,185 calon persendirian manakala baki 48 calon adalah dari Sekolah Menengah Swasta.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 578