Quantcast
Channel: Hootoh.my
Viewing all articles
Browse latest Browse all 578

Analisis Peperiksaan STAM 2013

$
0
0
Analisis Peperiksaan (STAM 2013) Sijil Tinggi Agama Malaysia. Sebanyak 3,513 pelajar atau 60.4 peratus mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul (lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia #STAM 2013 daripada 5,816 calon.

Analisis Peperiksaan STAM 2013

Keputusan STAM 2013 Menurun

Pencapaian calon STAM 2013 menunjukkan penurunan sebanyak 0.12 mata, iaitu daripada indeks gred purata nasional (GPN) 3.08 mata pada 2012 kepada indeks GPN 3.20 mata pada 2013. Keputusan itu menurun 7.1 peratus berbanding 2012 apabila daripada 5,819 yang menduduki peperiksaan, 3,927 atau 67.5 lulus semua mata pelajaran.

Keputusan STAM 2013 Menurun. Manakala calon yang memperoleh sijil peringkat Mumtaz (cemerlang) pada 2013 ialah sebanyak 369 orang berbanding 385 orang pada tahun 2012. Malah bilangan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) dan Jayyid (baik) serta Maqbul turut menurun. Penurunan pencapaian dari segi bilangan calon yang paling banyak ialah dalam kategori Jayyid Jiddan iaitu sebanyak 1,091 (1,264 pada 2012), calon yang mendapat pangkat Jayyid ialah 1,270 orang dan pangkat Maqbul 333 orang.

Usaha Meningkatkan Pencapaian Peperiksaan STAM

Dalam usaha Meningkatkan Pencapaian Peperiksaan STAM di masa akan datang, kementerian merancang untuk mendapatkan penutur jati dari negara timur tengah untuk mengajar subjek Bahasa Arab. Ia adalah usaha untuk memberi sokongan kepada guru-guru Bahasa Arab bagi meningkatkan pencapaian para pelajar di masa akan datang. Ini berikutan terdapat penurunan pada keputusan STAM 2013 dan pengurangan ini lebih kepada subjek-subjek untuk Bahasa Arab. sumber Bernama.

Analisis Keputusan (STAM 2013) Sijil Tinggi Agama Malaysia

Semakan SMS Keputusan STAM 2013 melalui Perkhidmatan mySMS 15888. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2013. Lembaga Peperiksaan menyediakan Perkhidmatan SMS semakan keputusan peperiksaan STAM melalui sistem pesanan ringkas mySMS 15888 dengan menaip STAM jarakkan taip Angka Giliran dan hantar ke 15888. Analisis Keputusan (STAM 2013) Sijil Tinggi Agama Malaysia.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 578