Quantcast
Channel: Hootoh.my
Viewing all articles
Browse latest Browse all 578

Maksud Ghaib menurut Islam

$
0
0
Apakah Maksud Ghaib menurut Islam? Perkataan Al-Ghaib berasal dari bahasa Arab iaitu Ghaba Yaghibu Ghaiban Ghiyaban Ghiyabatan wa Mughiban. Definisi Ghaib dan Ertinya menurut bahasa ialah sesuatu perkara yang tidak nampak. Namun, menurut istilah Agama Islam, Maksud Ghaib amat luas dan dalam. Al-Ghaib Supernatural.

Maksud Ghaib menurut Islam

Istilah Ghaib menurut Islam

Kata Ghaib menurut istilah adalah sesuatu yang tidak nampak oleh pancaindera tetapi ada ayat dari Al Quran dan hadith yang menjelaskan akan kewujudannya. Oleh itu, menafikan atau tidak percaya wujudnya sesuatu yang Ghaib sama ertinya mengingkari Agama Islam itu sendiri. Selain itu, Perkara ghaib ialah perkara yang di luar jangkauan pancaindera manusia seperti perkara yang telah berlaku seperti kisah para nabi, kemusnahan umat terdahulu dan tarikh berlaku kiamat, bentuk kejadian manusia atau sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti jin, syaitan, syurga dan neraka. Maksud Ghaib menurut Islam

Kata Ghaib dalam Al Quran

Dalam Al-Quran sendiri telah menyebutkan perkataan "GHAIB" sebanyak 56 kali. Malah di permulaan surah al-Baqarah, Allah meyebutkan antara tanda orang-orang yang bertakwa adalah, orang-orang yang beriman kepada perkara ghaib.

"Alif Lam Mim. Kitab al-Qur’an ini tidak ada keraguan didalam padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib"
— Al-Baqarah  1 - 3

Kewujudan Makhluk Ghaib

Wujudnya Makhluk Ghaib Jin, makhluk ciptaan Allah. Al-Quran ada menyatakan wujud makhluk ghaib jin, malah ia amat jelas dengan adanya Surah ke 72, Surah Al Jin.

Allah berfirman
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"
— Adz-Dzariyat 56

Begitu juga dalam hadith, Rasulullah telah bersabda;
"Malaikat diciptakan dari cahaya dan jin diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang telah dijelaskan kepada kalian (tanah)"
— Muslim

Merujuk ayat dan hadith di atas dijelaskan bahwa Allah telah menciptakan Jin sebagaimana Dia telah menciptakan manusia dan malaikat. Bererti wujudnya jin tidak boleh kita ingkari, walaupun kita tidak melihat wujud dan adanya hal ghaib itu.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Araf ayat 27
"Sesungguhnya ia (iblis) dan teman-temannya melihat kamu (manusia) dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka"
— Al-Araf 27

Oleh sebab itu makhluk Allah yang bernama jin itu dikategorikan sebagai makhluk ghaib dan bukti kewujudannya ada dalam Nas'. Cuma kita tidak dapat melihatnya dengan pancaindera biasa.

Maksud Ghaib menurut Islam
Dongeng Hantu Penanggal

Alam Ghaib bukan Mitos, Mistik atau Mimpi

Supernatural! Maksud Ghaib menurut Islam. Oleh itu kita tidak boleh memahami dan berbicara tentang perkara ghaib hanya berdasarkan kemampuan akal semata-mata. Kita juga tidak boleh memahami hal ghaib yang bersumber dari bayangan, bisikan-bisikan suara, mimipi-mimpi, atau mitos-mitos yang mistik. Sesuatu perkara ghaib itu harus bertepatan dengan syariat lslam. Sekiranya sesuai dan disahkan oleh syariat, bererti mempercayainya akan menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun, jika menyimpang dari syariat atau tahyul, maka jauhinya agar tidak menimbulkan syirik. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 578