Quantcast
Channel: Hootoh.my
Viewing all articles
Browse latest Browse all 578

Fasa Kedua Operasi Mencari Pesawat MH370

$
0
0
Operasi MH370 Fasa Kedua Ringkasan Isi kandungan sidang media Datuk Seri Najib Tun Razak. Fasa Kedua operasi mencari pesawat MH370. Operasi di Laut China Selatan ditamatkan setelah disahkan pesawat MH370 melencong dari laluan asal. Malaysia mengumpul semula semua aset untuk memberi tumpuan ke kawasan pencarian baharu antara dua koridor
  • Koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand
  • Koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi


Fasa Kedua Operasi Mencari Pesawat MH370

 Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara iaitu Kitabullah dan Itrah Ahli Keluargaku yang mana sekiranya kalian berpegang teguh dengannya nescaya kalian tidak akan sesat selamanya
Yang remeh dan yang temeh, Berlegar di sekelilingmu. Buatlah.. buatlah tak tahu. Biarlah setiap kali sidang media, pihak kita kelihatan tidak meyakinkan atau 'bodoh-bodoh' asalkan rahsia negara terjaga. Berikut ialah Ringkasan Isi kandungan sidang media DS Najib 15 Mac 2014
  • Pesawat MH370 disahkan membuat pusingan balik (air turn back) ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten. 
  • Last contact dengan MH370 ialah pada jam 8.11 pagi 8 Mac 2014 waktu Malaysia walaupun dijangka tiba pada pukul 6.30 pagi di Beijing. 
  • Usaha mencari pesawat MH370 di laut China Selatan dihentikan serta-merta. 
  • Pengangkutan darat, laut, udara, radar primer, radar sekunder, satelit masih gagal mendapat maklumat yang tepat mengenai kehilangan MH370. 
  • Transponder disahkan telah dimatikan secara sistematik oleh seseorang apabila pesawat MH370 menghampiri sempadan Vietnam. 
  • Malaysia masih mengkaji sebab sebenar pesawat MH370 tiba-tiba bertukar arah. 
  • Tiada pengesahan berhubung lokasi sebenar pesawat MH370 setakat ini. 
  • Komunikasi pesawat (ACARS) dimatikan sebaik memasuki ruang udara Pantai Timur Semenanjung Malaysia. 
  • Tumpuan pencarian pesawat MH370 kini adalah di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Operasi MH370 Fasa Kedua Datuk Seri Najib Tun Razak

Tujuh hari lepas, pesawat Penerbangan Malaysia MH370 disahkan hilang. Kerajaan sedar ia merupakan masa yang sukar buat semua keluarga penumpang. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan yang harus mereka tempuhi. Harapan dan doa kami sentiasa bersama mereka. Sumber Kosmo

Saya telah mengikuti operasi pencarian yang dijalankan sepanjang masa. Pada permulaan operasi, saya telah mengarahkan kawasan pencarian diperluaskan; saya mengarah pihak berkuasa Malaysia untuk berkongsi semua maklumat secara telus dengan semua pasukan penyiasat; dan saya meminta rakan-rakan dari negara serantau menyertai operasi mencari. Sehingga saat ini, 14 negara, 43 buah kapal dan 58 pesawat terlibat dalam operasi mencari. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin luar di atas kerjasama yang diberikan.

Sejak hari pertama, pihak berkuasa malaysia telah bekerjasama dengan semua pihak termasuk negara-negara jiran, pihak berkuasa penerbangan dan beberapa pasukan penyelamat dari negara lain sejak Ahad lalu.

Kami telah berkongsi maklumat terkini dengan pihak berkuasa yang mempunyai kepakaran untuk menganalisis data. Kami telah bekerja tanpa henti untuk membantu siasatan dan kami telah mengutamakan pencarian MH370 berbanding keselamatan negara.

Malaysia telah menjalankan operasi mencari merangkumi darat, di Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi.

Pada setiap peringkat kami bertindak mengikut maklumat yang telah disahkan dan mengikut setiap petunjuk. Kadang-kala ia tidak membawa apa-apa hasil.

Kami memahami keperluan pihak keluarga dan semua yang memerhati di seluruh dunia untuk memperolehi maklumat terkini. Namun, kami mempunyai tanggungjawab ke atas siasatan dan keluarga untuk memberikan maklumat sahih. Keutamaan kami ialah untuk mencari MH370.

Pada fasa pertama operasi mencari, kami telah mencari berhampiran lokasi terakhir MH370 hilang, di Laut China Selatan. Pada masa yang sama tumpuan kami turut terarah kepada radar utama milik Tentera Udara DiRaja Malaysia yang mengenalpasti pesawat yang belum dikenalpasti identitinya membuat pusingan. Radar utama menunjukkan pesawat itu menuju ke arah utara Selat Melaka.

Berdasarkan data itu yang turut disahkan dengan pihak berkuasa antarabangsa yang berkaitan, kami telah meperluas kawasan pencarian termasuk di Selat Melaka dan juga Laut Andaman.

Awal pagi ini, saya telah diberi taklimat oleh pasukan penyiasat termasuk FAA, NTSB dan AAIB, pihak berkuasa Malaysia dan Pemangku Menteri Pengangkutan mengenai maklumat terbaharu yang memberi petunjuk seterusnya apa yang berlaku ke atas MH370.

Fasa Kedua Operasi Mencari Pesawat MH370

Berdasarkan maklumat satelit, kami percaya Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) telah dimatikan sebelum pesawat itu sampai ke kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Sejurus kemudian ketika berada berhampiran sempadan udara antara Malaysia dan Vietnam, transponder pesawat telah turut dimatikan.

Selepas itu, rada utama Tentera Udara DiRaja Malaysia menunjukkan sebuah pesawat yang dipercayai MH370 melakukan pusingan.

Ia kemudian terbang ke arah barat menyeberangi Semenanjung Malaysia sebelum berpusing ke arah barat laut.

Ia hilang daripada radar utama tentera dan pergerakan itu menunjukkan ia telah dilakukan dengan sengaja oleh seseorang di dalam pesawat itu.


Hari ini, berdasarkan maklumat awal satelit yang diperolehi daripada pembekal data perkhidmatan satelit, kami mengesahkan pesawat yang dikesan pada radar utama ialahy MH370.

Berdasarkan data baharu itu, komunikasi terakhir antara pesawat dan satelit pada 8.11 pagi, Sabtu (8.Mac).

Pasukan penyiasat sedang melakukan perkiraan lanjut yang akan menunjukkan sejauh mana pesawat itu telah terbang selepas titik terakhir ia berhubung.

Disebabkan jenis data satelit, kami gagal mengesahkan lokasi tepat pesawat pada kali terakhir ia berhubung dengan satelit.

Bagaimanapun, berdasarkan data baharu itu, pihak DCA dan pakar antarabangsa menentukan kali terakhir pesawat berkomunikasi dengan satelit mungkin berada di salah satu antara dua koridor: Koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, atau koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Pasukan penyiasat sedang berusaha untuk memperhalusi maklumat itu.

Dengan perkembangan terbaharu ini, pihak berkuasa Malaysia telah menumpukan kembali penyiasatan terhadap kru dan penumpang di dalam pesawat. Di sebalik laporan media yang menyatakan pesawat itu telah dirampas, saya ingin menegaskan kita masih menjalankan siasatan terhadap semua kemungkinan yang menyebabkan pesawat MH370 melencong dari laluan asalnya.

Imej baharu satelit itu telah memberikan impak yang signifikan ke atas skop operasi mencari, Kita telah menamatkan operasi di Laut China Selatan dan mengumpul semula semua aset untuk memberi tumpuan ke kawasan pencarian baharu. Kami sedang bekerjasama dengan negara-negara lain bagi membantu menyalurkan maklumat berguna untuk operasi mencari termasuk data radar.

Memandangkan dua koridor itu melibatkan banyak negara, duta-duta negara terlibat telah dijemput ke sesi taklimat mengenai maklumat baharu oleh Kementerian Luar dan pakar-pakat teknikal. Saya turut mengarahkan Menteri Luar untuk memberi taklimat penuh kepada negara yang mempunyai penumpang terlibat dalam penerbangan tersebut. Pada pagi ini, Penerbangan Malaysia telah memaklumkan kepada keluarga penumpang dan kru mengenai perkembangan terbaharu itu.

Secara jelas, pencarian MH370 telah memasuki satu fasa baharu, Sejak lebih tujuh hari yang lalu, kami telah mengikuti semua petunjuk dan semua kemungkinan. Buat keluarga dan kawan-kawan penumpang MH370, kami berharap maklumat terkini membawa kita satu langkah ke hadapan untuk menemui pesawat itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 578