Jabatan Imigresen Malaysia Tidak Semak Pasport di Pangkalan Data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD). Teknologi Interpol Dipersalahkan. Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Zahid Hamidi menyalahkan Agensi polis antarabangsa sebagai alasan tidak semak maklumat Interpol mengenai pasport yang curi atau hilang.
Malaysia Menyalahkan Teknologi Interpol
Agensi polis antarabangsa, Interpol, menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit. ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. - Reuters
Keputusan Datuk Seri Zahid Hamidi menyalahkan Teknologi Interpol apabila Malaysia tidak merujuk kepada Pangkalan Data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh diterima sama sekali. Jabatan Imigresen Malaysia selayaknya dipertanggungjawabkan atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini. Helah bela diri yang terbaik oleh Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Malaysia.
Komen Zahid Hamidi Kejutkan Interpol
Amat mengejutkan. Belum ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, kecuali Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Zahid Hamidi. Sepertimana komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen iaitu
- Pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.
- Bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen Malaysia.
- Semakan maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter.
Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.