Quantcast
Channel: Hootoh.my
Viewing all articles
Browse latest Browse all 578

30 Ribu Guru dari China Dasar Baru KPM

$
0
0
Warga Pendidikan Malaysia perlu bersedia dengan kehadiran 30 Ribu Tenaga pengajar dari China dalam perlaksanaan Dasar Baru KPM Memperkasakan anak Melayu menguasai bahasa Mandarin dan Tamil. Idea untuk Projek Pendidikan yang melibatkan 30 000 guru daripada China ini tercetus apabila kebanyakan Perwakilan mendesak supaya Bahasa Ketiga diperkenalkan di semua sekolah dalam usaha Memperkasakan anak Melayu menguasai lebih daripada dua bahasa. Untuk itu, sejumlah 30,000 guru diperlukan di semua sekolah seluruh negara dalam melaksanakan dasar baru ini yang bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa ketiga di kalangan pelajar. Sumber Berita Harian Buletin Kpm.

 30 Ribu Guru dari China Dasar Baru oleh (KPM) Kementerian Pendidikan

Saya juga mahu anak Melayu kuasai bahasa Mandarin atau Tamil Supaya apa yang bangsa lain bicarakan dalam kalangan mereka, anak-anak Melayu kita boleh faham. 
~ Kata-kata Hikmah Pendidikan  Muhyiddin Yassin

Memperkasakan anak Melayu menguasai Bahasa Ketiga

Setelah Bahasa Melayu berjaya dimartabatkan dan Pelajar Melayu telah Menguasai Bahasa Inggeris iaitu Bahasa Kedua dengan baik sekali. Seterusnya Kementerian Pendidikan akan Memperkasakan anak Melayu menguasai Bahasa Ketiga iaitu bahasa Mandarin dan Tamil. Melihatkan Ranking pencapaian Matematik dan Sains pelajar di Malaysia adalah di antara yang terbaik dunia. Penyediaan Infrastruktur ICT dan rangkaian internet yang terpantas telah menjadikan sistem-sistem online dan membelajaran maya berjaya mencapai objektifnya. Maka tiba masanya pelajar Melayu menguasai Bahasa Ketiga.

Menurut Muhyiddin Yassin, sistem sekolah kita sudah pun ada dasar mempelajari bahasa ketiga dan sebahagian daripada pelajar sudah pun mengambilnya. Tetapi bilangan yang terbabit dalam bahasa ketiga ini adalah amat kecil. Oleh itu Muhyiddin menyokong usul supaya bahasa ketiga ini dijadikan sebagai satu pilihan elektif agar seramai mungkin anak-anak Melayu dapat menguasai lebih daripada dua bahasa. 30 Ribu Guru dari China Dasar Baru oleh (KPM) Kementerian Pendidikan.

30 Ribu Tenaga Pengajar dari China

Untuk merealisasikan usaha ini, Kementerian Pendidikan perlu melantik sekurang-kurangnya 30000 Guru Pakar Bahasa Ketiga, kerana Malaysia memiliki 10,000 buah sekolah. sudah pasti, jumlah itu sangat besar. 

Projek Besar maka Belanja juga Besar. Siapa agaknya yang mendapat Kontrak Projek baru KPM ini. Siapa tidak mahu mendapat Durian Runtuh seperti  syarikat YTL untung atas angin RM570 juta untuk Projek 1BestariNet.
~ Hootoh

Sebagai Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengharapkan sokongan semua perwakilan dan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Kewangan (Peruntukan Bajet). Jika 30,000 jawatan baru ini dapat diwujudkan, maka mudahlah untuk kita laksanakan dasar baru ini. dasar baru KPM Memperkasakan anak Melayu menguasai bahasa Mandarin dan Tamil.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru kepada pelajar Melayu menguasai bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa ketiga supaya memudahkan mereka berkomunikasi dengan kaum lain dalam pergaulan harian mereka, ketika berucap pada sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Semoga Komuniti Pendidikan Malaysia bersedia dengan kehadiran 30 Ribu Tenaga Pengajar dari China dan Dasar baru KPM Memperkasakan anak Melayu menguasai bahasa Mandarin dan Tamil.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 578