Mungkin ini sebabnya. Seloka Rahsia Budak Sekolah. Kenapa pelajar perempuan lebih cemerlang dalam pelajaran dari pelajar lelaki. Jika pelajar perempuan tekun memberi tumpuan, pelajar lelaki juga lebih tekun dari mereka. Malahan di sekolah hampir kesemua mereka serius tidak kira lelaki atau perempuan. Nak dikatakan murid perempuan rajin, lelaki pun rajin juga. Antara Pelajar lelaki dan Pelajar perempuan, telah wujud Persaingan Sihat antara mereka. Mereka bersaing untuk menjadi yang terawal dan menjadi yang pertama. Tapi, masih pelajar perempuan lebih cemerlang dalam bidang akedemik barbanding pelajar lelaki. Terutamanya zaman di persekolahan. Mungkin berikut ialah puncanya...
Pelajar perempuan tekun memberi tumpuan kepada subjek yang diajar, tetapi pula pelajar lelaki lebih tekun memberi tumpuan kepada guru perempuan mengajar subjek. Bila tiba musim peperiksaan, semua pelajar suka buat study group. Pelajar perempuan selalunya serius berdiskusi dalam sesi perbincangan manakala pelajar lelaki lebih serius menyampuk diskusi pelajar perempuan dalam sesi perbincangan itu.
Sekolahku Syurgaku. Bab kehadiran ke sekolah pelajar lelaki pasti kalah kerana pelajar perempuan suka terawal hadir ke sekolah dan selalu jadi murid pertama masuk kelas. Manakala pelajar lelaki pula sentiasa yang pertama masuk ke tandas dan belari-untuk jadi yang terawal pulang ke rumah, nak kalahkan pelajar perempuan katanya.
Pelajar perempuan rajin buat ulangkaji serta homework yang diberikan guru kepada mereka. Manakala pelajar lelaki pula lebih rajin temankan pelajar perempuan ulangkaji agar lembut hati buatkan homework yang diberikan guru untuk mereka. Akhir kata, sudah jadi lumrah bila majoriti pelajar perempuan adalah ulat buku manakala pelajar lelaki kebanyakkannya adalah ulat bulu. Sekadar Seloka Gurauan dengan Budak-Budak Sekolah.