Kisah Villa Nabila dan Lagu Bourgen Villa. Antara Misteri paranormal Villa Nabila yang Berhantu dan Lirik Lagu Bourgen Villa yang memukau hingga digelar Lagu yang Berhantu. Hampir keluar air mata HT menulis entri ini kerana ketawa tak henti-henti. Bercukurlah Malaysia masih Aman.
Di villa indah ini Pernah menjadi saksi Temasya yang gemilang Suasana meriah. Termetri di hatiku kau yang memiliki kehebatannya di malam itu. Andai dibiarkan ia usang diterangi malap bulan. Akan tinggal bayang kekosongan. Terserahlah kepadamu. Lagu Bourgenvilla yang dinyanyikan kumpulan Spring yang menjadi siulan ramai beberapa ketika dahulu. Click untuk Lirik Lagu dan Chord Gitar.
Lagu Seram Villa Nabila
Bila Villa Nabila menyepi, Kenangan pun bertamu. Puaka menjelma menggemparkan waktu. Remaja pun hilang arah kerna di Villa Nabila bermula port maksiatmu. Akukah yang keseorangan ditimpa gelora nafsu, janji syaitan yang mendera. Berikan remaja itu kesempatan bukannya hukuman. Akan remaja hilang itu pastikan, mereka akan bertaubat. Hehehe! Rujuk Remaja Hilang Di Villa Nabila Ditemui Bersembunyi.
Layan Kisah Villa Nabila dan Lagu Bourgen Villa sambil mendengar lagu lama boleh hilangkan tekanan juga. Khas untuk Lakonan Hebat Misteri Villa Nabila dan mangsa rakyat Malaysia yang di Tipah tertipu.