Quantcast
Channel: Hootoh.my
Viewing all articles
Browse latest Browse all 578

Jaminan KPM Kelembapan Sistem PBS diatasi 2014

$
0
0
Jaminan KPM Kelembapan Sistem PBS diatasi Januari 2014, Sistem PBS dihentikan ketika Cuti Sekolah, Isu PBSKPM Memohon Maaf kepada Guru, Hangat Perbahasan pelaksanaan PBS di Parlimen. Isu #PBS #KSSR #Pendidikan di Malaysia.

Jaminan KPM Kelembapan Sistem PBS diatasi 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia memberi jaminan Isu PBS dan Kelembapan Internet yang menimbulkan masalah kepada guru melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diatasi mulai Sesi Persekolahan Januari 2014. Rujuk Takwim Sekolah KPM.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata kerajaan sedar dan memandang serius Keluhan Guru mengenai Sistem PBS Menyusahkan terutama aduan liputan internet yang perlahan dan sangat tidak memuaskan. Aduan dan Masalah PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) menyulitkan proses pentaksiran dan membebankan tugas Guru sedia ada. Ekstra: Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan diugut Samseng SMS.

Sistem PBS dihentikan ketika Cuti Sekolah

Proses Naik Taraf Liputan Internet sedang dijalankan oleh itu Sistem PBS dihentikan ketika cuti sekolah. Usaha Meningkatkan Sistem PBS ini bertujuan mengatasi masalah dihadapi sistem itu yang diwujudkan bukan untuk membebankan guru, tetapi bagi menyediakan pentaksiran pelajar secara lebih holistik dan bukan berlandaskan pemeriksaan semata-mata. Rujuk Aduan PBS KSSR.

Beban PBS KPM Memohon Maaf kepada Guru

Dalam pelaksanaan sistem ini, banyak cabaran dihadapi. Saya bagi pihak kementerian memohon maaf kepada semua guru kerana hasrat kita bukan untuk bebankan mereka. Kita dalam proses cari penyelesaian. - Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan

Perbahasan pelaksanaan PBS di Parlimen

Dalam sesi perbahasan sebelum itu, beberapa Ahli Parlimen menyuarakan rasa tidak setuju terhadap pelaksanaan PBS menimbulkan banyak aduan guru dan ibu-bapa. Ada yang mahu ia dimansuhkan kerana bukan saja menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), malah tidak sesuai untuk sesetengah kawasan luar bandar yang ada masalah bekalan elektrik. Jaminan KPM Kelembapan Sistem PBS diatasi 2014. In Sya Allah


Viewing all articles
Browse latest Browse all 578